Fisioterapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.
Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut :
· mengurut
· manipulasi
· latihan teraputik
· penyejukan dan pemanasan
· terapi hidro
· rangsangan menggunakan elektrik
· rangsangan menggunakan cahaya
Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.
Murid-murid pendidkan khas memerlukan terapi sebagai satu persediaan untuk menghadapi pembelajaran dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosiolisasi. Mereka perlu mendapat ransangan untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran yang akan diajar. Terapi fizikal ini mampu meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Selain daripada itu ianya juga mampu meransang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan. Terapi fizikal merupakan satu motivasi kepada mereka dalam membina konsep kendiri yang lebih positif.
Ransangan-ransangan ini akan mampu membina keperluan murid-murid pendidikan khas kearah keseimbangan yang menyeluruh bagi menyediakan mereka kepada kehidupan yang bermakna. Situasi ini juga memberikan peluang kepada ibu bapa berbincang dan mengemukakan pendapat bersama ahli terapi. Ibu bapa dapat mempelajari teknik-teknik yang betul dan cara-cara alternatif untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.
Sumber : http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/terapi-yang- sesuai-dengan-murid-pkhas.html
No comments:
Post a Comment